วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Siapa ketua baru Majlis Syura PAS?

Siapa ketua baru Majlis Syura PAS?


Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian Online pada 16 Februari 2015 yang bertajuk "Haron Din: Siapa ganti Nik Aziz belum dipilih".Laporan akhbar tersebut antara lain menyebutkan bahawa Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menyatakan seperti berikut: Mengikut Perlembagaan PAS jawatan dan tugas mursyidul am PAS secara automatik akan dipangku oleh timbalannya apabila berlaku kematian sehingga  pemilihan dalaman dibuat bagi menentukan individu yang paling layak dipilih menduduki jawatan tersebut.Mursyidul am hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura Ulama. Sekiranya ketiadaan mursyidul am dengan apa-apa sebab sekalipun, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama itu hendaklah dijalankan oleh timbalan mursyidul am. Jika kedua-duanya berhalangan atas apa-apa sebab, maka mesyuarat Majlis Syura Ulama hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli-ahlinya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.Fasal 9(1) : Tugas-tugas Majlis Syura Ulama, Mursyidul am;i) Bertanggungjawab sebagai ketua Majlis Syura Ulama bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Fasal 8 (1)(a), (b) dan (c) Perlembagaan ini.ii) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PASUntuk perhatian, tidak ada suatu klausa atau fasal khusus menyatakan bahawa dalam ketiadaan mursyidul am, timbalannya akan memangku jawatan tersebut. Apa yang diperuntukkan hanyalah bahawa dalam ketiadaan Mursyidul Am untuk mempengerusikan mesyuarat, maka Timbalan Mursyidul Am boleh menggantikan Mursyidul Am mempengerusikan mesyuarat.Mempengerusikan mesyuarat bukan bermaksud timbalan mursyidul am memangku jawatan mursyidul am kerana jika dalam ketiadaan timbalan mursyidul am, maka mesyuarat MSU hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli MSU untuk mempengerusikan mesyuarat.Jika ahli MSU melantik seseorang ahli lain mempengerusikan mesyuarat MSU, adakah itu bermakna ahli tersebut memangku jawatan mursyidul am? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Ahli tersebut hanya bertindak sebagai pengganti pengerusi mesyuarat sahaja bukan sebagai mursyidul am.Jawatan mursyidul am ialah jawatan tetap milik individu yang dilantik oleh ahli-ahli MSU yang tidak boleh dipangku oleh sesiapa. Mursyidul am tidak seperti jawatan Presiden. Presiden dalam ketiadaannya akan dipangku oleh Timbalan Presiden. Ini jelas disebutkan di dalam Fasal 25 (8) seperti berikut:Jika sekiranya presiden berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadikan ia terhalang daripada memegang jawatannya itu, maka timbalan presiden dengan sendirinya memangku jawatan presiden sehingga presiden itu dapat dipilih semula, atau dapat memegang jawatannya semula.Seterusnya Fasal 25 (9) menyebutkan seperti berikut :Jika sekiranya Presiden dan Timbalannya berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa sebab juapun yang menjadikan mereka terhalang daripada memegang jawatan-jawatan itu, maka salah seorang daripada Naib-Naib Presiden yang dilantik oleh Muktamar Tahunan hendaklah dipilih oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memangku jawatan Presiden dan seorang lagi memangku jawatan Timbalan Presiden bagi menjalankan pentadbiran dan kerja-kerja Presiden dan Timbalannya sehingga seorang Presiden dan Timbalan Presiden dapat dipilih semula atau dapat memegang semula jawatannya itu, maka hendaklah dipilih di antara kalangan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi memangku jawatan Naib-Naib Presiden itu sehingga mereka dapat dipilih semula atau dapat memegang jawatan itu semula setelah Presiden dan Timbalannya memegang jawatan mereka semula.Jika kita perhatikan peruntukkan-peruntukkan tersebut, maka adalah jelas bahawa jawatan mursyidul am tidak seperti jawatan presiden atau timbalan presiden yang boleh dipangku jika jawatan tersebut kosong.Konsep Perlembagaan dan undang-undang ialah jika dalam suatu peruntukkan disebutkan secara khusus, jika tiada peruntukkan khusus disebutkan dalam fasal yang lain maka ia bermaksud peruntukkan khusus itu yang digunapakai.Dalam konteks jawatan Mursyidul Am ini adalah jelas tidak diperuntukkan tentang tindakan memangku seperti bagi jawatan presiden maka JELAS bahawa jawatan mursyidul am tidak boleh dipangku.Dalam situasi sekarang apabila mursyidul am itu mengalami kekosongan, maka ahli MSU hendaklah bermesyuarat melantik seorang mursyidul am yang baru. Tidak boleh dianggap timbalan mursyidul am memangku jawatan mursyidul am kerana Perlembagaan tidak memberikan peruntukkan tersebut.3) Kriteria calon Mursyidul Am hendaklah “individu itu mestilah dikenali umum sebagai ahli ilmu, sifat-sifat jelas ketara mendukung prinsip ulama yang diterima umum, berakhlak yang dipanggil hasanah dan tidak kontroversi.Siapa yang layak dilantik sebagai mursyidul am PAS? Perlembagaan PAS tidak menyebutkan kriteria khusus siapa yang layak dilantik sebagai mursyidul am.Fasal 8(6) Perlembagaan PAS hanya menyebutkan bahawa:-Seorang ketua Majlis Syura Ulama yang dikenali sebagai mursyidul am dan seorang timbalannya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun.Peruntukkan ini jelas bahawa mursyidul am itu dilantik oleh ahli MSU di dalam mesyuarat mereka. Maka jelas Perlembagaan memberikan kuasa kepada seluruh ahli MSU untuk melantik siapa yang difikirkan paling layak untuk mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.Ahli MSU lebih arif untuk menyetahui siapa yang paling layak di antara mereka.Cuma sebagai cadangan di atas kriteria yang disebutkan oleh Datuk Dr Haron di atas, saya mohon mencadangkan ahli MSU melantik Presiden PAS Datuk Seri Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai mursyidul am PAS yang baru.Ini kerana presiden ialah individu yang dikenali umum sebagai ahli ilmu, sifat jelas ketara mendukung prinsip ulama yang diterima umum, berakhlak yang dipanggil hasanah dan tidak kontroversi.Malah Datuk Seri presiden yang memegang jawatan naib ketua ulama sedunia adalah selayaknya diangkat oleh ahli MSU sebagai mursyidul am PAS yang ketiga.Bagi saya tiada yang lebih layak berbanding Datuk Seri Presiden. Adakah dengan mencadangkan Datuk Seri Presiden ini dianggap menolak Datuk Dr Haron sebagai mursyidul am.Jawapannya: Ya. Adakah kita semua hendak mengatakan Datuk Dr Haron lebih layak dari segi keilmuan, sifat dan prinsip serta akhlak berbanding Datuk Seri presiden?Jika kita mengatakan, Ya, maka kita telah merendahkan martabat Datuk Seri presiden yang diiktiraf dunia. Jika Datuk Dr Haron lebih hebat daripada Datuk Seri Presiden, mengapa beliau tidak dilantik sebagai naib ketua ulama dunia?Dari sudut itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Datuk Seri presiden adalah insan terlayak diangkat sebagai mursyidul am PAS yang baru.ZULHAZMI SHARIFF seorang pengamal undang-undang dan aktivis PAS.


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates