Atasan polis harus tanggungjawab, kata MP
Pihak atasan polis harus bertanggungjawab terhadap tindakan orang bawahan mereka, kata anggota parlimen Puchong Gobind Singh.
Justeru, katanya, undang-undang harus digubal bagi memastikan pegawai yang berkuasa di balai polis dan pegawai penyiasat dipersalahkan untuk kes melibatkan kecederaan dan kematian dalam tahanan.
Minggu lepas, mahkamah koronor bawah Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache mendapati polis bertindak secara “tidak sah, cuai dan tidak berperikemanusiaan” dengan tidak memberi ubat dan perhatian perubatan kepada P Chandran semasa berada ditahanan.
Tindakan itu kemudian menyebabkan kematian.
“Ini perkara berat, yang kedua-dua pihak, ketua polis negara dan Kementerian Dalam Negeri patut berapa malu,” kata Gobind yang juga seorang pengamal undang-undang.
[Baca berita asal]
ไม่มีความคิดเห็น :
แสดงความคิดเห็น